Sunday, 28 June 2015

Esok Tak Akan Tunggu

Janji-janji hari ini terbakar
di tepi-tepi jalan
di sisa-sisa waktu.

Masa tak akan tunggu,
mahatari di atas bahu
membeku, terketar-ketar
sebenar lagi bahangnya padam
bila bang Maghrib melintas
di lorong-lorong telinga warga kota.

Bazaar Ramadan Kampung Baru
haru-biru walaupun warnanya kuning
kereta mencelah di sipi buku lali,
orang lalu lalang terhalang keselamatan:
nyawa di tepi jalan sedang beratur
menanti juadah akhirat.

Seorang pengemis selesa
di tengah-tengah jalan, atas double line
berdoa-doa agar ada daun ringgit
melayang ke mangkuknya.

Kita lihat mana-mana pemerinta
bila buat amal sekecil-kecil ikhlas
pasti menagih-nagih perhatian
rakyat memungut publisiti.

Bubur lambuk selamat sampai
di tangan mangsa-mangsa kota.

Dilayan seperti raja di Chow Kit,
budle di sana menjaminkan budi bahasa 
tertinggi, tawar menawar selesai,
jual beli langsai.

Kaset-kaset yang kubeli tadi tak boleh
dimainkan, bangsat! 

The Swallows dan Slank hanya
memaparkan harga pada sebuah cover.

Beberapa tin kemek dipijak,
dikumpul, nanti dijual. 

Sedang di hadapannya banyak
makanan terbuang, sisa jualan
yang tak laku.

No comments: