Monday, 29 June 2015

Keselesaan Yang Telah Mangli

Dia selesa, dengan kehidupannya. Sekadar selesa dan tak memberi apa-apa makna pada diri, keluarga, masyarakat dan alam.

Kadang-kadang juga dia mengeluh, sendirian dalam gelap, dalam kelam. Keselesaan yang mangli tak terasa asing. Lalu perbandingan antara satu jarak ke satu jarak; dari satu lembah ke satu lembah; satu daratan ke satu daratan; dari satu lurah ke satu lurah menjadi batu ukur-- dihisab dirinya, habis telanjang. Dirinya tak punya apa-apa melainkan sebuah keselesaan yang telah mangli.

Dia akur, di sedar; kehidupan bukan soal kejar mengejar. Kita telah lihat bagaimana orang-orang yang mahu memajukan dunia tapi apa yang dibawanya hanyalah kehancuran. 

Dia tak mahu kejar mengejar.

No comments: